flag

Selasa, 28 April 2009

SEMINAR PENDEDAHAN KURIKULUM BARU KAFA 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN

PENGORBANAN GURU KAFA.

Jam 7 pagi saya bersama sahabat dari Pekan (ustaz Dan) dengan penuh semangat untuk pergi berseminar di Hotel Empress ,Sepang,Selangor.dan ditumpanggi oleh 1 org guru dari jerantut dan penyelia.serta 1 orang guru dari maran dan penyelia.Begitulah keadaan kami guru KAFA Pahang hanya menumpang kenderaan ,dan menumpang belas dan simpati....dari Penyelia kami di Pekan...dia memang pemurah orang nya.tak kira sape diajak aje tumpang..Alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke sepang ustaz Dan merungut aje.Semalam masa dia ada dipejabat tak ada orang yang nak jumpa,apabila tak ada dipejabat ramai pulak guru KAFA yang nak jumpa masalah nak beli kitab la,ada yang tak cukup la,dan macam-macam...sudah lah tinggal sorang aje dibahagian itu..... tetapi kerana Guru KAFA ustaz Dan sanggup buat apa saja utk kami..itulah kami hargai Penyelia kami ni..

Jam 3 petang kami sampai ditempat penginapan,rasanya kamilah orang yang pertama sampai selepas urusetia,ada kawan-kawan yang sesat dan sempat lagi gi shoping kat Nilai.

setelah kami berehat di hotel dan dah nak makan malam.bertemu dengan 2 orang ustazah Afiza Akmal dulu masa kursus dicerating dia ni Penghuluwati kami dan Ustazah Fazidah kawannya dari Temerloh, dan apabila ditanya ustazah datang naik apa.... katanya kami bersemangat untuk berseminar ,sanggup buat apa saja asalkan kami sampai ketempat yang nak dituju.Kagum dengan 2 orang ustazah ini dia sanggup naik bas loceng keting-keting dan dari satu bas lompat ke satu bas,dari LRT ke LRT untuk sampai kesini.Dari matahari mula nak terbit dia berdua bertolak dari temerloh sampai kesini matahari dah terbenam....

Berbeza dengan rakan-rakan kami dari Guru KAFA negeri yang lain seperti Kedah mereka dihantar dengan Bas Jabatan Agama Islam Kedah.Dari Serawak naik Belon .Dan dari tempat lain ada Van dan kenderaan dari Jabatannya hantar.Kami berterima kasih kepada Jabatan Mereka kerana mengambil berat guru-guru mereka.

Jam 8.30 Proram bermula dengan tajuk Reka Bentuk Kurikulum dan Adab,yang disampaikan oleh Ustaz Zul dari bahagian UPKK Jakim.Kami bersama penyelia dari Pahang seramai 18 orang adalah wakil yang akan membawa pulang ilmu yang diperolehi disini untuk disampaikan kepada...........bersambung

Rabu, 22 April 2009

KERTAS CADANGAN KPD P.MENTERI.

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENAMBAHAN
ELAUN PENYELIA KAFA DAN GURU
KAFA NEGERI PAHANG


KEPADA


Y.A.B DATO’SERI
NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA


. SENARIO

3.1 Bilangan guru yang ramai iaitu seramai 2490 dengan bilangan Penyelia
Seramai 20 orang tidak termasuk seorang Ketua unit KAFA adalah tidak
mencukupi kalau dilihat dari segi bebanan tugas yang meliputi perkhidma-
tan,kewangan,kursus,pemantauan,penyeliaan,pepriksaan,pelaksanaan
kurikulum disamping tugas-tugas luar kerja hakiki Penyelia KAFA(Pejabat)
Guru KAFA (sekolah) dan tugas yang diarahkan dari masa kesemasa oleh
Pegawai atasan.

3.2 Pengurusan kewangan KAFA adalah merupakan satu aspek Pengurusan
KAFA yang amat penting kerana bersangkut paut dengan wang,sama ada Elaun Guru KAFA,Caruman KWSP Guru KAFA,Penyata Tahunan Kewangan KAFA dan lain-lain.Pengurusan perkara –perkara tersebut dalam keadaan biasa diuruskan oleh pegawai atau kakitangan yang berjawatan terlatih dan tetap.

3.3 Kebanyakan negeri lain di Malaysia telah membuat kajian dan
Melaksanakan dasar Penambahan Elaun Penyelia dan Guru KAFA ini dengan bantuan Kerajaan Negeri.
4. JUSTIFIKASI
4.1 PERKHIDMATAN

i) Jumlah waktu bekerja Penyelia KAFA adalah sama seperti kakitangan awam
yang lain iaitu mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Mereka menjalan-
kan tugas sepenuh masa dan dibaya elaun mengikut kadar yang diluluskan
oleh JAKIM iatu sebanyak RM 750.00 dan Guru KAFA RM500.00 sahaja.

ii) Penyelia KAFA dan Guru bertanggungjawab memastikan perjalanan kelas
KAFA dapat berkembang dan berjalan dengan baik sehingga tercapai matlamat seperti yang diharapkan.Maju atau mundurnya kelas KAFA adalah bergantung besar kepada peranan yang dimainkan oleh Penyelia dan Guru KAFA
iii) Bebanan kerja yang bertambah dari masa kesemasa dalam menguruskan
Pentadbiran kelas KAFA dan Elaun yang diterima tidak seberapa benar-benar menekan perasaan kami.Elaun yang diterima amat rendah dan statik berbanding dengan indek pengguna yang sentiasa meningkat akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan
iv ) Penyelia dan Guru KAFA juga tidak dianggap sebagai penjawat awam dan
tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan atau kemudahan sebagaimana
yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan yang lain seperti kemudahan peru-
batan,elaun perumahan,elaun perkhidmatan awam dan kemudahan pinja-
man
v ) Kewujudan Penyelia KAFA di JAIP dan PAID telah memberikan input
yang besar dalam rangka melicinkan dn menyempurnakan urusan pentad-
biran Jabatan Agama Islam itu sendiri.Dalam konteks tersebut telah
menunjukkan bahawa Penyelia KAFA menpunyai peranan yang penting
terhadap masyarakat dan kerajaan sendiri.
4.2 KOS HIDUP
i ) kadar kos kehidupan sekarang semakin bertambah dan jika dinilai dari segi
kemiskinan,Elaun Penyelia dan Guru KAFA adalah dibawah garis ke-
miskinan.
ii ) Kebanyakan Penyelia KAFA dan Guru KAFA yang ada sekarang telah
berkeluarga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak masing-masing.
Dalam hubung ini elaun yang diterima tidak dapat menampung kos
kehidupan yang sentiasa bertambah dari masa kesemasa.
4.3 PEPERIKSAAN

i ) Bagi memastikan mutu pendidikan kelas KAFA lebih terjamin dan terurus
tugas penyediaan dari peringkat awal proses peperiksaan Ujian Penilaian
Kelas KAFA (UPKK ) sehinggaah ke akhirnya adalah diuruskan oleh
Penyelia KAFA.Seperti proses mengambil,menyusun,mengedar,memantau
dan mengumpul data-data keputusan peperiksaan.Untuk menyelaras
tugasan tersebut memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan setiap
daerah yang diselia adalah luas dan semestinya memerlukan pengorbanan
dari segi masa,tenaga dan wang .

5. IMPLIKASI KEWANGAN

Pada prinsipnya anggaran permohonan penambahan elaun Penyelia KAFA
dan Guru KAFA disyorkan berasakan kepada kelayakan akademik yang dimiliki oleh Penyelia KAFA dan Guru KAFA berkenaan.

Sehubung dengan itu adalah dicadangkan penambahan tersebut merujuk
kepada gaji permulaan kakitangan Awam pada gred S 27 bagi Penyelia KAFA yang memiliki Ijazah ,Diploma/STAM /STA/STPM dan S17 bagi yang memiliki SPM dan SMA.
Selain gaji permulaan penjawat awam di para 5.2,cadangan ini juga perlu
mengambil kira sama ada faktor ketiadaan kenaikan Tahunan , Elaun Perumahan ,Elaun Khidmat Awam dan Kemudahan Perubatan.

Berasaskan 5.1,5.2 dan 5.3 anggaran Implikasi Kewangan adalah seperti
berikut.;

Penyelia KAFA

TERIMA . CADANGAN . BEZA
BARU

ELAUN; 750 1500 1500 x 22 x 12 = 396,000.00

KWSP ; 168.00 168 x 22 x 12 = 44,352.00
--------------
Jumlah 440,352.00
--------------
Guru KAFA

TERIMA CADANGAN BEZA
BARU
ELAUN ; 500 1,000 1,000 X 2490 X 12 = 298800.00

KWSP 116.00 116. X 2490 X 12 = 34660.80
----------------
Jumlah 33460.80
----------------

JUMLAH BESAR 773812.80

(Ringgit Malaysia ;Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lapan Ratus Dua
Belas dan Lapan Puluh Sen Sahaja )

6 RASIONAL

i ) Seperti sedia maklum Kerajaan berusaha membasmi penyakit gejala social
yang berlaku ke atas golongan remaja dengan mengadakan beberapa program.
Kerajaan menyedari punca utama gejala ini kerana tiadanya pengetahuan
Agama kepada remaja yang menyebabkan berlakunya kruntuhan akhlak.Dalam
hal demikian Kelas KAFA dapat membantu Kerajaan untuk membasmi gejala
tersebut dari akar umbinya lagi memberikan Pendidikan Agama sejak dari
peringkat asas iaitu peringkat kanak-kanak lagi.

ii ) Memandangkan kedudukan Negara semakin mantap adalah dirasakan Kerajaan
sudah mempunyai kemampuan memberi penambahan Eaun Penyelia-Penyelia
KAFA dan Guru-Guru KAFA Negeri Pahang Darul Makmur.

iii ) Tanggungjawab dan tugas yang besar dalam melaksanakan tugas disamping
arahan-arahan semasa dari Pegawai atasan samada JAKIM, JAIP dan PAID di
peringkat daerah yang berkaitan dengan tugas-tugas lain yang perlu dipenuhi
bagi kebaikan organisasi dan institusi agama seterusnya dapat meningkat
keupayaan Kerajaan dalam usaha mengembangkan syiar Agama Islam dinegara
kita khusunya Negeri Pahang Darul Makmur.

iv ) Kelas KAFA semakin banyak mendapat keyakinan dan sambutan daripada
masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan perumahan.Hal ini menyebabkan
peranan dan tugas Penyelia KAFA dan Guru KAFA dalam bidang pengurusan
pentadbiran dan perlaksanaan seharusnya lebih cekap,berkesan dan berwibawa.

V ) Kami juga bersedia untuk melaksanakan program-program tambahan Pihak
Kerajaan yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengukuhkan Institusi
Keluarga yang semakin rapuh dan longgar.dengan demikian kami berpendapat
Pihak kerajaan dapat menjimatkan kos dari segi mewujudkan jawatan lain bagi
Melaksanakan tugas-tugas ini kerana Pengurusan KAFA boleh melakukan
Program dua dalam satu.Sebagai contoh program yang dilaksanakan bukan
Sahaja melibatkan anak-anak didik KAFA tetapi turut melibatkan ibu bapa/
Penjaga.Ini bermakna peranan Guru KAFA dan Penyelia KAFA dapat
Dimasyarakatkan.Akhirnya jawatan ini akan menjadi satu profesion.

Vii ) Akhirnya Program KAFA ialah program yang selari dengan kehendak Negara
dan hasrat YAB.Perdana Menteri Malaysia untuk memberi penekanan terhadap
Pendidikan Agama diperingkat rendah dengan diberi penumpuan kepada
Pendidikan Agama secara latihan amali dan kemahiran membaca jawi untuk
menyokong dan memperkukuhkan ilmu Pendidikan Islam dalam membentuk
Generasi baru yang berilmu.

7. CADANGAN

Berasaskan maklumat yang telah dikemukan,pihak Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Daerah Pekan dengan rasa rendah diri mencadangkan dan memohon jasa baik serta pertimbangan YAB.Dato’ Seri bagi melaksanakan penambahbaikan dan pengubahsuaian kepada peruntukan yang sedia ada yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat melalui JAKIM kepada Kerajaan Negeri.Dengan demikian,segala jasa baik YAB.Dato’ Seri adalah dipohon dalam menimbangkan penambahan Elaun Penyelia KAFA dan Guru KAFA Pahang berjumlah RM 773812.80 (Ringgit Malaysia ; Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lapan Ratus
Dua Belas Dan Lapan Puluh Sen Sahaja )

8. PENUTUP

Berdasarkan kepada perlaksanaan Program KAFA sejak tahun 1990,kadar
Elaun Penyelia KAFA dan Guru KAFA berada ditahap yang sama.
Memandangkan perkebambangan program KAFA ini semakin mendapat
Sokongan daripada masyarakat,ianya memberi satu tanggungjawab dan
Tugas yang semakin bertambah dari masa ke semasa.Sejajar dengan itu,
Permohonan Penambahan Elaun Penyelia KAFA dan Guru –Guru KAFA
Yang diutarakan ini adalah satu yang amat munasabah untuk dipertimbang
dan sokongan atau kajian semula terhadap Perlaksanaan Program KAFA
di Negeri Pahang.

Rabu, 8 April 2009

MESYUARAT AGUNG PERS.GURU-GURU SARKAFA

Asalamualaikum.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana pada tahun ini kita dapat mengadakan mesyuarat agung kali ke-3 .2009.Bertempat di Madrasah Al-Husna.Bertarikh 25 mac 2009.Terima kasih kepada semua guru-guru SARKAFA Pekan kerana dapat hadir ke mesyuarat kita pada kali ini dan dapat memberikan buah fikiran yang bernas serta memberikan pandangan dan teguran kepada persatuan demi untuk membangunkan ummah.
Kepada Perasmi mesyuarat Agung ,Ustaz Zaharudin dan Penyelia ustaz Rushdan dan semua AJK dan Guru SAR KAFA untuk makluman semua sebenarnya pada rancangan awalnya mesyuarat agung pada kal ini ,kita bercadang hendak mengadakanya di dewan Majlis Daerah Pekan yang mana perasminya adalah Bekas Timbalan Perdana Menteri yang sekarang telah ditabalkan menjadi Perdana Mentari Malaysia ke 6, dan persatuan telah menyusun beberapa agenda pada hari tersebut tetapi apakan daya kita hanya merancang... itu adalah kelemahan dan kesilapan saya bukanya tuan-tuan semua.
Majlis yang dirancang adalah Mesyaurat Agung dan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK daerah Pekan serta Anugerah bagi guru yang telah tamat skim 60 tahun mengajar.Semua urusan telah dibuat dan kita sedang menunggu lampu hijau daripada PM kita tentang tarikhnya,diharapkan sabarlah menunggu harinya yang akan diberitahu kamudian.
Ianya adalah bertujuan untuk menaikan Syiar Sekolah Agama Rakyat dimata orang ramai terutama bagi penduduk didaerah Pekan.
Kami Guru-guru SAR KAFA Pekan mengharapkan kepada pihak yang bertanggungjawab agar mengambil berat terhadap kami juga,ikutilah sebagaimana dengan negeri-negeri yang lain yang telah membuat perubahan terutamanya tettang alaun kami guru-guru dan Penyelia daerah,kerana tugas kami adalah sama berat juga dengan tugas bilal-bilal,imam-imam dan guru disekolah kerajaan,cuma masa aje yang singkat.Itu tidak menjadi masalah besar sekiranya di negeri yang lain boleh buat apa pula kami.,sedangkan diwaktu sikit dahulu boleh lakukan apabila alaun naik lagi lah boleh..Kami guru SAR KAFA sanggup berkorban apa saja demi Islam dan Umatnya.
Sebenarnya menjadi seorang Pengerusi atau YDP ini adalah satu tugas yang amat berat kerana hendak menanggung beratus karenah guru dan ragam guru.Sebenarnya tugas ini adalah lebih layak kepada guru-guru yang lebih mahir ,arif dan berpengalaman.saya ini baru lagi dalam SARKAFA ini.Tapi telah ditakdirkan begini.... terpaksa terima tugas dan tanggunjawab sebagai Pengerusi.Saya akan menyusun program untuk persatuan dengan sebaik mungkin selagi ada sokongan daripada semua guru-guru SAR KAFA Pekan.Tapi kena juga fikirkan pergerakan saya setiap hari kerana semua urusan yang hendak dibuat hanya di Pekan dan Pengerusinya tinggal di cini yang jaraknya melebihi 80 km dan urusan itu bukanya selesai dalam satu hari,kerana orang yg hendak ditemui belum tetu ada,kadang-kadang setiap hari berulan-alik ke JAIP,PAID dan MUIP yang semuanya memerlukan kos..Jadi kita fikir-fikirlah bersama cara untuk mengatasinya.Apabila program tak ada dan tidak dibuat,kita kata Pengerusi dan AJK buat apa..... .
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN