flag

Rabu, 24 Jun 2009

MESY.AHLI JAWATANKUASA SARKAFA PAHANG 2009/2011.


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلأم عليكم ورحمة الله

Syabas dan tahniah kepada YDP baru SARKAFA Pahang kerana telah dan akan meracang beberapa perubahan dan program baru untuk memartabatkan SARKAFA Pahang.Pada tahun ini juga akan diadakan Pertandingan KAFA peringkat Negeri Pahang anjuran JAIP dan JAKIM dan penyertaanya terbuka kepada semua SARKAFA disetiap daerah diantara ketegori yang dipertandingkan ialah ;
1. Pengurusan sekolah /fail
2. PNP
3. Pengurusan keceriaan sekolah.
diharapkan kepada semua sekolah SARKAFA dapat mengambil perluang didalam progra yang dirancang oleh JAIP,JAKIM dan Persatuan.
Tahniah juga kepada JAKIM melalui JAIP kerana baru-baru ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 14 ribu kepada setiap daerah untuk Penyelia dan SARKAFA bagi mengadakan program Kursus serta program-program yang telah dirancang untuk memartabatkan lagi SARKAFA ini.

SELAMAT BERTUGAS PENYELIA BARU

Selamat bertugas kepada semua Penyelia SAR KAFA yang baru dilantik oleh JAIP baru-baru ini.Khususnya Penyelia Daerah Ustazah Norizati di PAID Pekan,semoga dengan adanya perlantikan ini dapat melicinkan lagi perjalanan dan pengurusan Kelas KAFA disemua daerah khususnya di Pekan dan negeri Pahang amnya.Begitu juga dengan perlantikan Ustaz Mohd Sanizam B.Mohd Amiyah sebagai Penolong Pengarah Bahagian SARKAFA yang baru di JAIP mudah-mudahan dapat memudahkan lagi semua urusan yang bersangkutan dengan masalah SARKAFA dinegeri Pahang .SYABAS ...

Isnin, 8 Jun 2009

MESYUARAT AGUNG PER.GURU SAR KAFA PAHANG KALI KE-20 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلأم عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah diatas taufiq dan hidayahnya,yang meletakkan kita berada didalam perjuangan agamanyaSelawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad ,saiyyidul anbiaya'.
Bagi pihak persatuan Guru-guru Sar kafa daerah Pekan ,saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan tahniah juga kepada yang tidak terlantik didalam senarai Ahli jawatan kuasa yang baru 2009-2011.Bertempat di Dewan Jubli Perak Kuala Lipis.Bertarikh 3 jun 2009.
Pemilihan kita pada tahun ini tidaklah perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bertanding kerana didalam pemiihan ini tidak ada rasuah wang sebagaimana ahli-ahli politik bertanding.Kalau kita berebut jawatan sekalipun ianya adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita menjawab diakhirat nanti dengan jawatan yang telah diamanahkan kepada kita sekiranya kita tidak melaksanaknya.Oleh itu beruntunglah orang yang tidak terpilih didalam jawatan ini kerana mereka terlepas daripada pertanyaan di akhirat nanti.Nama Ahli Jawatan Kuasa 2009-2011 Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Negeri Pahang :
1 . Ustaz Baharudin Bin Othman Yang Dipertua
2 . Ustaz Abd.Ghani B.Idin Timb.Yang Dipertua
3 .Ustaz Rosli B.Ahmad Setiausaha
4 .Ustazah Nabilah Bt.Baharom Pen.Setiausaha
5 .Ustaz Mohd Ali Hanafiah B.Rezuan Bendahari
6 .Ustaz Muhammad Fadillah B Hussin (Pkn) AJK
7 .Ustaz Othman B Atan (Tmlh) AJK
8 .Ustaz Suhaimi B Ahmad (Jtut) AJK
9 .Ustaz Rozki B.yusof (J14) AJK
10 .Ustaz Razali B Othman (Mzdm) AJK
11 .Mohd Hamzi B Othman (Bera) AJK
12 .Ustaz Razak Idin (Chenor) AJK
13 .Ustaz M.Syahrer Syah B Ramli (K.Lipis) AJK
14 . Ustaz Yunus B Kadri (Rompin ) AJK
15 . AJK
Penghargaan buat ahli jawtankuasa yang lama yang tidak terlantik pada tahun ini Ustaz Hj Adnan Baee,Us,Hj Zakaria B Mat Seh ,Us Hj Yaakub B Hussin,Us Ahsan B Sardi,Us Natuhar B Abdul Talib .Kita sangat berbangga kerana sebaik sahaja mereka menamatkan khidmat mereka didalam Ahlijawatankuasa kini kesinambungan itu diteruskan oleh Ahli jawatankuasa yang baru.
Selamat datang kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik.Semoga perlantikan itu memberikan wajah segar khasnya kepada kepada Persatuan SAR KAFA Daerah Dan Persatuan SAR KAFA Negeri umumnya.
Marilah kita bersama memikul kepimpinan ini.Marilah bersama kita menjaga dan membaja perjuangan ini.
Muawiyah bin abu Sufian disaat kematianya menungkapkan kata-kata...
" Alangkah sedikitnya bekalan,Alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan "Rasulullah pernah memberi amaran antara mafhumnya .." Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan,kerana sesiapa yang mendapatkanya sedangkan orang ramai tidak meredhoinya,maka Allah tidak akan membantunya "
Dalam kebimbangan dan ketakutan untk menerima aanah ini,kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang Ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga masalah mereka,lalu dia melarikan diri(enggan menerima) maka aku tidak ingin berjumpa denganya nanti di padang masyar.(Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada diantara takut dan harap.Takut Rasulullah murka,dan harap Allah bantu dengan amanah ini.
Ingatlah akan doa Saidina Umar Al-Khattab. "Ya Allah,engkau telah bebankan aku dengan bebenan yang berat,maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat di akhirat "

Wassalam.

Jumaat, 5 Jun 2009

BILAKAH ALAUN BARU KAFA NAK NAIK ?

السلأم عليكم

Setelah mendapat arahan daripada JAIP melalui Penyelia KAFA daerah Khususnya Pekan,semuanya guru KAFA dah mula sibuk ada yang turun naik ke Pekan,pergi ke hospital kerajaan,ada yang pergi ke klinik swasta semuanya sibuk dengan membuat medical cake-up kerana mendapat arahan daripada JAKIM sebab dengar khabar-khabar angin guru-guru KAFA negeri Pahang ni akan mendapat kenaikan Alaun gaji baru.Itu dengar khabar aje belum ada hitam putih lagi,diharapkan guru KAFA Pahang bersabarlah.Kalau benar Alhamdulillah.Kalau tidak diumumkan lagipun Alhamdulillah juga.Tapi kalau boleh biarlah cepat sikit sebab benda yang baik ni tidak boleh lewat-lewat.
Kalau negeri yang menterinya tidak menjadi PM dah mendapat kenaikan alaun gaji yang baru,inikan pula negeri yang sudah nyata menjadi Perdana Menteri ke 6 yang baru dangan semangat yang baru mestilah utamakan alaun gaji yang baru khususnya kepada guru-guru KAFA di negeri PM yang baru.
Kepada guru KAFA khususnya di Pekan yang belum buat madical cake-up pergilah buat segera diklinik Ummu Roihan kat Pekan tu,Murah aje dicasnya macam alaun kafa juga murah tak mahal.
Kami guru-guru KAFA Pahang khususnya daerah Pekan amat mengharapkan kepada Perdana Menteri yang ke 6 ini dapat mengutamakan alaun kafa kami agar pencapaian dalam bidang agama ini dapat didahulukan.
Tanpa Perdana Menteri siapalah guru kafa ini...
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN