flag

Ahad, 18 Oktober 2009

Majlis sambutan Jamuan Hari Raya dan Sukan Sekolah Agama Rakyat Kafa Daerah Pekan Kali Ke -2/2009

TAHNIAH kepada semua guru-guru Sar kafa daerah Pekan kerana telah menghadirkan diri kemajlis jamuan Hari raya yang kita adakan di Dewan Konvensyen Daerah Pekan pada malam 10.10.09 dan pada keesokannya pula kita mengadakan acara sukan Dwi tahunan Kafa daerah Pekan,yang pada asalnya kita hendak mengadakanya di padang Majlis Bandaran Pekan tetapi disebabkan kelewatan tempahan padang maka acara sukanya diubah tempat ke Padang Awam Taman Seri Maulana yang tuan rumahnya Sek.Agama Rakyat Kafa taman Seri Maulana Pekan.
Jutaan terima kasih kepada JAIP,PAID,Ajk Persatuan Kafa Pekan dan Guru-guru,Y.b En Ibrahim,Semua Ajk masjid Sri maulana dan semua yang terlibat didalam menjayakan majlis Sukan dwi Tahunan Kafa Daerah Pekan ini.














































YDP DAN PENYELIA SARKAFA PEKAN BERSAMA GURU-GURU SARKAFA ROMPIN
















Tahniah kepada Penyelia Kafa Rompin serta Guru-guru Sar Kafa Rompin keran akan menubuhkan Persatuan Bagi guru-guru Kafa di sana.Kehadiran kami YDp persatuan Kafa Pekan bersama Penyelia Pekan Ust.Rushdan.Ustz Norizati,Ustz Khairul Hanim dan Ustz Sapinah kesana adalah untuk memberi pandangan dan membincang tentang penubuhan persatuan disana.
Kami mengucapkan bebanyak terima kasih diatas jemputan kami kesana dan setelah selesai majlis dijamu dengan makanan yang enak-enak pula bersempena dengan majlis hari raya guru-guru disana.
Sebenarnya pada hari ini kami ada 2 jemputan jamuan raya di Pekan sana iaitu jamuan raya bersama Perdana Menteri Malaysia Dato'Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak Tapi memandangkan jemputan sahabat-sahabat di Rompin ini tidak dapat dielakan kami datang juga dan selepas ini terus ke Pekan pulak.

Rabu, 7 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SUKAN SAR KAFA PEKAN

Assalamualaikum
Sar kafa Pekan akan mengadakan majlis sambutan hari raya Aidil Fitri dan Sukan bagi Sekolah Agama Rakyar Kafa daerah Pekan pada 10-11 okt 2009 ini.
Kepada semua warga Sar Kafa dan warga Pekan di jemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana berikut ;

1. Tarikh ; 10.10.2009
Tempat ; Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
Jam ; 8.00 Malam - 11 .00 Malam.

2. Tarikh ; 11.10.2009 (ahad)
Tempat ; Sar Kafa Taman Seri Maulana Pekan.
Jam ; 8.30 Pagi - 5.00 Petang. Acara sukan Sekolah- sekolah Sar Kafa Pekan.

Semua di Jemput Hadir.
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN