flag

Rabu, 30 Jun 2010

MAJLIS ILMIAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAFA DAERAH PEKAN.(MISSAR)

SYABAS dan tahniah kepada semua sekolah agama rakyat daerah Pekan yang telah sama-sama menjayakan MISSAR KAFA untuk daerak Pekan kali ke-2/2010. Bagi pihak Persatuan mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang yang mana mereka akan bertemu daerah moadzam dan rompin pada 26.6.2010 bertempat di KAMUS Muadzam,begitu juga diucapkan berbanyak terima kasih kepada Perasmi MISSAR KAFA iaitu Ustaz Mohammad Shaikhan kerana sudi melapangkan masa bersama-sama di majlis tersebut.




































































































































SELAMAT PENGANTIN BARU.KPD PENYELIA KAFA PEKAN.











Semoga selamat sejahtera kepada kedua pengantin ini mudah -mudahan mendapat keberkatan dari ilahi ,dimurahkan rezeki ,kekal hingga akhir hayat.Dengar khabar sekarang ini dah ada tanda-tanda bakal mendapat zuriat yang pertama.insaallah sampai masa nanti akan menimang cahaya mata pulak...seronoknya..

Khamis, 1 April 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GURU-GURU SARKAFA DAERAH PEKAN KALI KE-32010





































Mesyuarat agung kali ke 3 pada tahun ini diadakan disekolah kebangsaan tanjung batu nenasi Pekan,dirasmikan oleh ustaz mohd.Ibrahim bin Ahyatudin.mewakili Ketua Penolong Pengarah JAIP(Bah.Pendidikan)
Pihak persatuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Guru Besar S.k Tanjung Batu Khususnya kepada kelas kafa tanjung Batu kerana bersusah payah menyiapkan segala persiapan pada hari tersebut.
Kepada yang telah tamat jawatan sebagai ajk persatuan kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat yang telah diberikan untuk bersama-sama membanggunkan Kafa pekan dan kepada yang lama dan yang baru dilantik anggaplah ini adalah satu tugas yang berat terpaksa ditanggung yang telah diamanahkanoleh guru-guru kafa pekan demi memantapkan perjalanan dan prestasi SAR KAFA Daerah Pekan.

























































Ahad, 21 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG SARKAFA PEKAN

KEPADA SEMUA GURU-GURU SAR KAFA DAERAH PEKAN DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT SEBAGAIMANA BERIKUT :

TARIKH ; 27 MAC 2010
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU NENASI PEKAN
PAHANG DARULMAKMUR.
JAM : 8.00 PAGI -12.00 T.HARI


" PELAJAR DIDAHULUKAN "

" SAR KAFA DIUTAMAKAN "

Isnin, 1 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SARKAFA CHINI 1 DAN CHINI 2













Sambutan maulid tahun ini disambut meriah bagi sarkafa chini satu bersama penjaga dan penduduk felda chini satu.Perarakan bermula dari sar chini satu dan berakhir dengan ceramah agama di masjid felda chini satu.
Bagi sarkafa chini 2 perarakan bermula dari sekolah agama dan berakhir dengan ceramah agama di dewan sekolah,cuma pada tahun ini ianya kurang dapat sambutan daripada penjaga pelajar.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAR KAFA CHINI 1 2010.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN