flag

Jumaat, 5 Jun 2009

BILAKAH ALAUN BARU KAFA NAK NAIK ?

السلأم عليكم

Setelah mendapat arahan daripada JAIP melalui Penyelia KAFA daerah Khususnya Pekan,semuanya guru KAFA dah mula sibuk ada yang turun naik ke Pekan,pergi ke hospital kerajaan,ada yang pergi ke klinik swasta semuanya sibuk dengan membuat medical cake-up kerana mendapat arahan daripada JAKIM sebab dengar khabar-khabar angin guru-guru KAFA negeri Pahang ni akan mendapat kenaikan Alaun gaji baru.Itu dengar khabar aje belum ada hitam putih lagi,diharapkan guru KAFA Pahang bersabarlah.Kalau benar Alhamdulillah.Kalau tidak diumumkan lagipun Alhamdulillah juga.Tapi kalau boleh biarlah cepat sikit sebab benda yang baik ni tidak boleh lewat-lewat.
Kalau negeri yang menterinya tidak menjadi PM dah mendapat kenaikan alaun gaji yang baru,inikan pula negeri yang sudah nyata menjadi Perdana Menteri ke 6 yang baru dangan semangat yang baru mestilah utamakan alaun gaji yang baru khususnya kepada guru-guru KAFA di negeri PM yang baru.
Kepada guru KAFA khususnya di Pekan yang belum buat madical cake-up pergilah buat segera diklinik Ummu Roihan kat Pekan tu,Murah aje dicasnya macam alaun kafa juga murah tak mahal.
Kami guru-guru KAFA Pahang khususnya daerah Pekan amat mengharapkan kepada Perdana Menteri yang ke 6 ini dapat mengutamakan alaun kafa kami agar pencapaian dalam bidang agama ini dapat didahulukan.
Tanpa Perdana Menteri siapalah guru kafa ini...

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN