flag

Rabu, 19 Ogos 2009

AWAS SELSEMA BABI

Kepada
Semua Guru Besar SAR KAFA Pekan,
Murid-murid SAR KAFA.
Penjaga.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dunia kini dilanda dengan wabak selsema babi . Negeri kita tidak terkecuali.Begitu juga dengan kawasan penempatan kita di daerah Pekan ini.Persatuan SAR KAFA telah mengambil beberapa langkah pencegahan untuk menyekat/mengurangkan penularan wabak ini.
Keadaan semasa yang dilaporkan mewajarkan pihak kita untuk bersikap proaktif dan rasional dalam berdepan dengan penyakit bawaan Selsema Babi.
Kita tidak harus panik dengan situasi ini.Virus Selsema Babi ini menjangkiti seseorang melalui titisan air pesakit yang batuk dan bersin.Kebanyakan pesakit akan menunjukan gjala yang diantaranya seperti demam,selsema,batuk,sakit tekak,sakit kepala,lengoh sendi dan otot.
Antara pencegahan yang perlu diambil :
1. Mengutamakan kebersihan yang berterusan.Membasuh tangan setiap kali terdedah dengan bahan-bahan tercemar.
2. Mengamalkan cara hidup sihat.
a.Pemakanan yang seimbang termasuk sayuran dan buah-bahan.
b.Minuman yang secukupnya.
c.Senaman yang teratur.
d.Rehat yang mencukupi.
3.Menghindari dari orang ramai(kesesakan) tanpa keperluan.
4.Mengamalkan etika batuk;
a .Menutup mulut dan hidung dengan menggunakan topeng@ tisu@saputangan.
b. Memalingkan muka dari orang yang berdekatan.
c. Mengurangkan sentuhan muka,hidung dan mulut.
d. Mengelak diri dari tempat yang sesak..

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN