flag

Jumaat, 18 September 2009

PERUTUSAN HARI RAYA YDP SARKAFA PEKAN

السلأمعليكم ورحمة الله وبركاتة
بسسم اللة الرحمن الرحيم
Firman Allah SWT yang bermaksud ; Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengangungkan Allah(apabila berhari raya)kerana Allah berikan hidayat kepada kamu."(Surah al-Baqarah 185)
Salam Aidi Fitri saya ucapkan kepada seluruh warga Guru-guru SAR KAFA Pekan dan KAFA Pahang amnya .sempena kehadiran Syawal 1430H sebagai bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
Setelah kita berpuasa,bertarawih,berqiamulail,bertadarus,bersedekah,berzikir dan sebagainya sepanjang Ramdhan,Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Mudah-mudahan Syawal tahun ini menyemarak semangat juang dan pengorbanan yang tinggi setelah kita berjaya mendidik diri sebulan dibulan Ramadhan.
Bahkan keraian Syawal yang disambut dengan kegembiraan ini pula akan mempertautkan hubungan silaturrahim dan ikatan ukhwah Islmiyah yang jitu sehingga terbentuk sebuah jemaah yang utuh dan teguh malah turut mendekatkan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat biarpun berbeza bangsa,budaya dan agama.
Saya megucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan Batin kepada Guru-guru SAR KAFA khasnya SAR KAFA Pekan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN

2 ulasan:

wanzailani photography berkata...

syabas kafa pekan ada blog sendiri.. tapi cuba upgradekan gambar supaya nampak lebih sharp.

abujibrail berkata...

tahniah..blog kafa pekan udah ujud.so marilah kita berganding bersama2 bagi memertabatkan Islam di malaysia tercinta. Dr: persatuagurukafakelantan.blogspot.com

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN