flag

Selasa, 5 Mei 2009

KEM SOLAT SAR KAFA GUGUSAN CHINI

Apa ceritanya tentang Kem ini? dengar khabar pada awalnya Kem solat ini hendak dianjurkan oleh Felda wilayah dibawah ustaz Megat dan rasanya telah dipersetujui Felda yang menganjurkan.Dan dengar khabar pula disaat akhir ini telah berubah menjadi Majlis Guru-guru SAR KAFA gugusan chini pula yang menganjurkanya.Apakahkah masalahnya..... Dan ada dengar khabar dan Pelajar kena bayar Rm 5 seorang.dan guru pun kena bayar juga untuk menampung kos tersebut..Apakah pihak yang berkenaan tidak bolehkah menampung sedikit atau kesemuanya kos perbelanjaan tersebut,bukanya banyak sangat.kalau untuk program kearah lain ada aje saluranya.ini untuk kearah akhirat tak ada apa-apa sumbangan pun.Kata nak suruh buatkan program tapi tak nak bantu macamana ni...
Kalau di satu pihak tak ada bantuan tak apalah,diharapkan kepada ibubapa tolong ambil berat juga tentang anak-anak kita yang ada belajar di SAR atau tidak ambillah peluang inidan hantarlah anak-anak kita untuk meyertai kem solat tersebut.Buat kata ustaz megat kalau dimasa yang lepas berebut orang felda nak membesarkan rumah ,dari kayu ke batu,dari kecil kepada besar,haa..sekarang ini kita nak membesar lubang kubor pulak...
Tahniahlah kepada felda dan Jkknya ada yang mengambil berat tentang ini dan ada juga saya dengar felda dan Jkkk nya tak nak bagi sumbangan pun.dan puas Gurubesarnya minta tak ada respon pun..kesian kepada setiausaha program.
Saya mengucapkan tahniahlah kepada semua guru besar SAR KAFA chini kerana di atas usaha mereka untuk menjayakan program yang akan diadakan pada hari sabtu ini.bermula jam 8.00 pagi 9.5.2009.Walaupun sudah berapa kali ustazah arbaiyah cini 5 meminta saya hadir untuk berbincang ttg program ini.tetapi saya tak dapat turut sama kerana setiap kali perbincangan ada urusan di JAIP nak buat macmana... saya ni cuma guru kecil sahaja.Para guru-guru besar lah bincangkan kami mengikut aje..Semoga Allah memberkhati usaha semua...

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN