flag

Khamis, 14 Mei 2009

PERUTUSAN HARI GURU 16 MEI 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

السلأم عليكم ورحمة الله
Marilah kitabersama-sama bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana islam menjadi agama yang diredhai oleh Allah dan nikmat yang cukup sekelian kita sebagai guru,pendakwah ,pendidik dan pejuang untuk agama Islam.
Sempena Hari Guru bagi tahun 2009 ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru SARKAFA negeri Pahang khususnya daerah Pekan yang telah berjaya meneruskan kerja-kerja sebagai pendidik yang begitu mencabar dari masa ke semasa.
Hari ini ustaz ,ustazah dan pendidik bertanggungjawab untuk membina generasi anak didik.dewasa secara khusus dan rakyat amnya,kearah pembentukan kesejahteraan masa depan yang cemerlang.Kerja pendidikan ini telah dilakukan oleh Rasullullah sebagai nabi terakhir diikuti dengan para sahabat dan ulamak serta pendakwah dan pendidik sepanjang zaman.
Mutakhir ini kita semua perlu menangani perubahan dalam masyarakat di Malaysia khususnya negeri kita Pahang bagi memastikan bahawa negeri dan negara ini terus berada dibawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tanpa digugat oleh mana-mana pihak.
Justeru,perubahan perlu untuk tiak mengikut apa sahaja yang menjadi kebiasaan seperti sikap tidak bersungguh dalam perkara menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran kepada melaksanakan kerja-kerja pendidikan membangunkan minda rakyat terus dilakukan.
Perubahan hanya akan berlaku apabila ada kesedaran menyeluruh didalam sesebuah masyarakat seperti firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah sikap dan pendirian mereka.

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN