flag

Ahad, 5 Julai 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU KARA DAERAH PEKAN 2009

Terlebih dahulu kami daripada pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada pihak JAIP dan JAKIM kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM14 ribu kepada daerah Pekan bagi mengadakan kursus sebagaimana yang telah ditetapkan,dan kursus ini akan kita adakan pada 7-9 Julai ini bertempat di Sempurna Beach Resort.Didalam kursus ini semua guru KAFA daerah Pekan terlibat dan wajib hadir,sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Ketua Timbalan Qadhi kepada guru yang tidak hadir menyertai kursus ini mereka ini diminta membuat surat tunjuk sebab kepada pihak jabatan.
Kursus selama tiga hari ini meliputi bidang Jawi/Khat,Bahasa Arab dan PNP dan dihadiri guru yang berlainan pada setiap hari yang bermula selasa ini jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang(Jawi/khat)Rabu (PNP) dan khamis (Bahasa Arab)Kesemua penceramah-penceramah ini kita jemput daripada JAIP dan JPNP.Kursus ini kita tidak bermalam kerana untuk menjimatkan kos dan dengan cara ini kita dapat meramaikan peserta yang terlibat.
Kepada guru-guru yang terlibat dibahagian yang telah ditentukan ini maka mereka ini ditugaskan sebagai J U kepada sekolah masing-masing dan perkembangkan kepada guru-guru yang lain,dan kita tidak mahu selepas ini ada guru yang mengadu mereka tidak dipanggil untuk berkursus.

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN