flag

Rabu, 15 Julai 2009

TERIMA KASIH KEPADA PENCERAMAH DAN PERASMI KURSUS GURU KAFA DAERAH PEKAN.

بسم الله الرحمن الرحيم

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kursus yang telah menghadirkan diri mereka untuk menyertai Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Kafa Daerah Pekan yang telah diadakan pada 7 - 9 Julai 2009,walaupun mereka ini mengetahui adanya kursus ini sehari dua sebelum tarikh bermula mereka tetap juga bersemangat untuk hadir,tahniah dan syabas diucapkan.
Pada hari pertama Kursus Jawi/Khat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Fared Bin Khalyubi ,guru agama daripada Sekolah Kebangsaan Sri Maulana Pekan,beliau adalah diantara guru yang pakar dibahagian tersebut serta tulisan khatnya menarik minat kepada peserta kursus yang hadir,Cuma terkilan sebab ustaz Fared dapat menyampaikanya dan bersama kami hingga ke tengahari sahaja .dan pada petangnya disambung oleh Ustazah khairul Hanim dan ustaz Rushdan.Kursus pada hari pertama ini telah dirasmikan oleh Al-fadhil Timbalan Qadhi daerah Pekan Ustaz Hj Abd Hamid B Mohd Jais.
Hari kedua peserta yang hadir adalah berbeza dengan hari semalam.Hari ini adalah Kursus P&P bagi guru-guru yang baru bertugas dan masih belum pernah menghadiri kursus sebelum ini.Penceramahnya adalah seorang tokoh guru yang tidak asing lagi di JAIP dengan kehebatannya dan kebolehanya ketika berceramah beliau ialah Cikgu Mustafarudin Bin Osman.Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mustafarudin diatas penyampaianya kepada peserta kursus dan seterusnya pada sesi akhirnya terus merasmi penutup untuk kursus P&P disebabkan Ustaz Zaharudin tidak dapat menghadirinya kerana ada mesyuarat penting sebagaimana yang telah dimaklumkan.
Pada hari ketiga Peserta yang hadir adalah untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Lebai Idris Bin Lebai Ali. Beliau adalah diantara guru yang pakar dalam Bahasa Arab di JAIP.Peserta kursus berpuas hati diatas penyampaian yang telah disampaikan oleh beliau.Pihak Persatuan Kafa Pekan mengucapkan terima kasih kepada perasmi penutup iaitu al-fadhil Ustaz Salehudin bin Abdullah (Penolong Pengarah JAIP)bahgian Pendidikan yang datang awal untuk merasmikan program akhir ini.
Dan akhirnya kepada Fasilitator selaku urusetia program yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakanya iaitu Ustaz Rushdan(PAID),Ustazah Nor Izzati(PAID)Ustazah Khairul Hanim(JAIP)dan Ustazah Sapinah(JAIP).

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN