Rabu, 11 November 2009

PEMERIKSAAN KERTAS MARKAH UPKK SARKAFA PEKAN 2009














































Tahniah kepada JAIP,PAID dan semua Guru besar dan wakil dari 19 sekolah SAR KAFA Pekan kerana telah berjaya menghabiskan tugasan mereka pada 6 okt 2009 untuk memasukan markah peperiksaan UPKK daerah Pekan yang telah diadakan serentak seluruh negara yang berakhir pada 29 okt 2009 baru-baru ini.Seramai 527 orang pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.Keputusan pada tahun ini boleh dikatakan memuaskan bagi sesetengah sekolah walaupun ada yang mengatakan ada pelajaran yang soalanya tidak ada dalam sukatan matapelajaran.









Program yang diadakan pada hari ini di Madrasah Al Husna adalah program terakhir bersama Penyelia KAFA derah Pekan iaitu Ustaz Rushdan B . Abd Karim kerana pada 16.nov ini beliau telah bertukar tugas ke pejabat JAIP.dan tempatnya diambil alih oleh Penyelia Baru kami yang beliau ini boleh dikatakan peramah juga orangnya dan mudah untuk berurusan.Tahniah lah kepada mereka yang telah dapat bertukar ke tempat lain tapi dalam bahagian yang sama.









Ahad, 8 November 2009

Isnin, 2 November 2009

TAHNIAH PENYELIA KAFA PAHANG

Ucapan tahniah kepada semua penyelia KAFA negeri Pahang terutamanya penyelia KAFA Pekan kerana baru-baru ni dengar khabarnya telah hadir ke JAKIM untuk menendatangani tugas baru dan gajinya pun baru.Kalau dahulu dibawah Kerajaan negeri sekarang dibawah JAKIM.
Rasanya barulah bersemangat mereka ini apabila menjalankan tugas yang dipertanggungjawab dikawasan masing-masing.
Tapi dengar khabar sebelum daripada nie JAIP di bawah JAKIM masih memerlukan lebih kurang 15 orang lagi penyelia untuk negeri Pahang dan iklan kekosongan jawatan tersebut akan di iklankan.
Tapinya dengar-dengar dari cuping telinga angin bertiup dari sebelah hala kehujung sana khabarnya temuduga telah di buat.. tapi iklannya tak ada di sebelah sini atau...... Betul ke? kalau gitu ...ini tak adil...

Ahad, 18 Oktober 2009

Majlis sambutan Jamuan Hari Raya dan Sukan Sekolah Agama Rakyat Kafa Daerah Pekan Kali Ke -2/2009

TAHNIAH kepada semua guru-guru Sar kafa daerah Pekan kerana telah menghadirkan diri kemajlis jamuan Hari raya yang kita adakan di Dewan Konvensyen Daerah Pekan pada malam 10.10.09 dan pada keesokannya pula kita mengadakan acara sukan Dwi tahunan Kafa daerah Pekan,yang pada asalnya kita hendak mengadakanya di padang Majlis Bandaran Pekan tetapi disebabkan kelewatan tempahan padang maka acara sukanya diubah tempat ke Padang Awam Taman Seri Maulana yang tuan rumahnya Sek.Agama Rakyat Kafa taman Seri Maulana Pekan.
Jutaan terima kasih kepada JAIP,PAID,Ajk Persatuan Kafa Pekan dan Guru-guru,Y.b En Ibrahim,Semua Ajk masjid Sri maulana dan semua yang terlibat didalam menjayakan majlis Sukan dwi Tahunan Kafa Daerah Pekan ini.














































SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN