Isnin, 1 Ogos 2011

LAGI BANTUAN SAR KAFA DARI FELDA

CADANGAN BANTUAN KEPADA MASJID DAN SEKOLAH AGAMA DIRANCANGAN FELDA.

Lembaga FELDA yang bermesyuarat pada 25 julai 2011 bersetuju memberi bantuan kepada kesemua Masjid dan Sekolah Agama ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan Program Kerohanian di rancangan seperti berikut.

  1. Sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada 260 Masjid seluruh rancangan FELDA melibatkan peruntukkan berjumlah RM2.6 JUTA .Sumbangan ini untuk program Ihya’Ramadhan dimasjid seperti tadarus ,majlis khatam Al-Quran,bayaran saguhati kepada Pengerusi Masjid,Imam,Bilal dan Siak dan sumbangan 50 naskah Al-Quran setiap Masjid bagi program tadarus sempena Ramadhan.
  2. Peruntukan RM540,000.00 di 54 kawasan Perlimen Felda yang melibatkan Wakil Rakyat Kerajaan ( BN sahaja ) bagi program Ihya’Ramadhan yang di kendalikan bersama dengan unit seranta Felda Jabatan Perdana Menteri.
  3. Sumbangan RM50,000.00 kepada 246 Sekolah Agama diseluruh randangan FELDA berjumlah RM12.3 juta untuk menambah baik infrastruktur sekolah seperti bangunan ,bilik darjah,bilik air,peralatan sekolah dan sebagainya.
  4. Peruntukan RM30,000.00 bagi 11 buah wilayah berjumlah RM330,000.00 bagi program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri ,program gotong-royong dan majlis meraikan bakal-bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.

Keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk Masjid dan sekolah Agama Rakyat ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan program kerohanian adalah berjumlah RM15.77 juta.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN