Rabu, 19 Ogos 2009

AWAS SELSEMA BABI

Kepada
Semua Guru Besar SAR KAFA Pekan,
Murid-murid SAR KAFA.
Penjaga.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dunia kini dilanda dengan wabak selsema babi . Negeri kita tidak terkecuali.Begitu juga dengan kawasan penempatan kita di daerah Pekan ini.Persatuan SAR KAFA telah mengambil beberapa langkah pencegahan untuk menyekat/mengurangkan penularan wabak ini.
Keadaan semasa yang dilaporkan mewajarkan pihak kita untuk bersikap proaktif dan rasional dalam berdepan dengan penyakit bawaan Selsema Babi.
Kita tidak harus panik dengan situasi ini.Virus Selsema Babi ini menjangkiti seseorang melalui titisan air pesakit yang batuk dan bersin.Kebanyakan pesakit akan menunjukan gjala yang diantaranya seperti demam,selsema,batuk,sakit tekak,sakit kepala,lengoh sendi dan otot.
Antara pencegahan yang perlu diambil :
1. Mengutamakan kebersihan yang berterusan.Membasuh tangan setiap kali terdedah dengan bahan-bahan tercemar.
2. Mengamalkan cara hidup sihat.
a.Pemakanan yang seimbang termasuk sayuran dan buah-bahan.
b.Minuman yang secukupnya.
c.Senaman yang teratur.
d.Rehat yang mencukupi.
3.Menghindari dari orang ramai(kesesakan) tanpa keperluan.
4.Mengamalkan etika batuk;
a .Menutup mulut dan hidung dengan menggunakan topeng@ tisu@saputangan.
b. Memalingkan muka dari orang yang berdekatan.
c. Mengurangkan sentuhan muka,hidung dan mulut.
d. Mengelak diri dari tempat yang sesak..

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Isnin, 17 Ogos 2009

SELAMAT BERKURSUS KPD GURU KAFA PHG.

Tahniah kepada peserta kursus IT guru-guru KAFA PHG kerana telah menghadiri Kursus anjuran JPNP / JAIP selama 3 hari bermula 16-19 ogos ini.Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus di Hotel Seri Malaysia itu dapat dimanfaatkan bersama dengan guru-guru didaerah masing-masing setelah tamat nanti.Pekan telah menghantar 2 orang gurunya iaitu ustazah Norzahyu Md Yusof (SAR KAFA Cini 2)dan Ustazah Zarina Ramli (SAR KAFA Cini Satu) .
Semoga dengan adanya kursus sebegini untuk guru-guru KAFA ianya dapat memberi kefahaman dankemahiran yang lebih mendalam lagi kepada guru-guru KAFA di Pahang Khususnya di daerah Pekan.Dan diharapkan ianya dapat diteruskan berpanjangan kepada semua guru KAFA di Pahang ini oleh pihak JPNP dan JAIP.
Syabas dan Tahniah.....
" RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN ""

Selasa, 4 Ogos 2009

SUKAN SARKAFA GUGUSAN CHINI

Tahniah kepada semua guru dan pelajar dari Sek,Agama Rakyat KAFA di chini kerana telah melibatkan diri dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang kemuncaknya diadakan pada 25.7.09 bertempat di padang sekolah keb chini 1&4.
Turut hadir pada penyampaian hadiah kepada pemenang untuk mewakili Sukan SAR KAFA Peringkat Daerah Pekan ialah Ustazah Khairul Hanim (Penyelia Negeri) dan Ustaz Rushdan Bin Abd Karim (Penyelia Daerah) .Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sejak dari pagi lagi sanggup bersama -sama dengan para peserta dan hadirin tak kira panas terik dan sanggup menunggu sehingga tamat kesemua permainan hingga jam 6.50 petang,inilah yang dikatakan penyelia bersama guru kafa.
Tahniah kepada Pengerusi Zon Chini Ustaz Jalaludin(G.Besar chini 3,Ustaz Roslan(G,Besar chini 1) sebagai urusetia,Ustaz Zulkifli (G,Besar chini 4)Pengarah Sukan zon chini telah bekerja keras bagi menyusun program supaya berjalan dengan lancar,walaupun ada sedikit berlaku kesilapan teknikal.Dan begitu juga jutaan terima kasih kepada sekolah dan guru-guru yang memberi sumbangan,Pengerusi bagi pihak persatuan SAR KAFA telah menyumbang baju kepada urusetia,sumbangan piala pusingan daripada Yang Berhormat Dato'Abu Bakar (Adun Chini) serta semua yang terlibat.
Kepada semua pemenang yang mewakili zon chini diharapkan agar dapat menaikan lagi nama sarkafa zon chini khususnya dan daerah Pekan amnya apabila bertanding di Pekan nanti.
Syabas.........
SAR KAFA CEMERLANG ISLAM GEMILANG.
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN