Isnin, 1 Ogos 2011

LAGI BANTUAN SAR KAFA DARI FELDA

CADANGAN BANTUAN KEPADA MASJID DAN SEKOLAH AGAMA DIRANCANGAN FELDA.

Lembaga FELDA yang bermesyuarat pada 25 julai 2011 bersetuju memberi bantuan kepada kesemua Masjid dan Sekolah Agama ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan Program Kerohanian di rancangan seperti berikut.

  1. Sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada 260 Masjid seluruh rancangan FELDA melibatkan peruntukkan berjumlah RM2.6 JUTA .Sumbangan ini untuk program Ihya’Ramadhan dimasjid seperti tadarus ,majlis khatam Al-Quran,bayaran saguhati kepada Pengerusi Masjid,Imam,Bilal dan Siak dan sumbangan 50 naskah Al-Quran setiap Masjid bagi program tadarus sempena Ramadhan.
  2. Peruntukan RM540,000.00 di 54 kawasan Perlimen Felda yang melibatkan Wakil Rakyat Kerajaan ( BN sahaja ) bagi program Ihya’Ramadhan yang di kendalikan bersama dengan unit seranta Felda Jabatan Perdana Menteri.
  3. Sumbangan RM50,000.00 kepada 246 Sekolah Agama diseluruh randangan FELDA berjumlah RM12.3 juta untuk menambah baik infrastruktur sekolah seperti bangunan ,bilik darjah,bilik air,peralatan sekolah dan sebagainya.
  4. Peruntukan RM30,000.00 bagi 11 buah wilayah berjumlah RM330,000.00 bagi program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri ,program gotong-royong dan majlis meraikan bakal-bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.

Keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk Masjid dan sekolah Agama Rakyat ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan program kerohanian adalah berjumlah RM15.77 juta.

Rabu, 9 Mac 2011

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI BANGUNAN BARU SAR KAFA CHINI 04

10 Mac 2011
SAR KAFA Chini 04 telah mengadakan majlis penyerahan kunci bangunan baru yang menelan belanja RM200 ribu oleh YB.Dato' Abu Bakar Harun DUN Chini .
Turut hadir dalam progran ini ialah Ustaz Zaidi b Ismai Pen;ong Pengarah Unit KAFA SAR JAIP dan Ustaz Mazlan Mohamad Penyelia KAFA unit pendidikan Islam JPNP.

























Selasa, 8 Februari 2011

RENUNGAN BULAN INI........

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN