flag

Selasa, 4 Ogos 2009

SUKAN SARKAFA GUGUSAN CHINI

Tahniah kepada semua guru dan pelajar dari Sek,Agama Rakyat KAFA di chini kerana telah melibatkan diri dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring yang kemuncaknya diadakan pada 25.7.09 bertempat di padang sekolah keb chini 1&4.
Turut hadir pada penyampaian hadiah kepada pemenang untuk mewakili Sukan SAR KAFA Peringkat Daerah Pekan ialah Ustazah Khairul Hanim (Penyelia Negeri) dan Ustaz Rushdan Bin Abd Karim (Penyelia Daerah) .Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sejak dari pagi lagi sanggup bersama -sama dengan para peserta dan hadirin tak kira panas terik dan sanggup menunggu sehingga tamat kesemua permainan hingga jam 6.50 petang,inilah yang dikatakan penyelia bersama guru kafa.
Tahniah kepada Pengerusi Zon Chini Ustaz Jalaludin(G.Besar chini 3,Ustaz Roslan(G,Besar chini 1) sebagai urusetia,Ustaz Zulkifli (G,Besar chini 4)Pengarah Sukan zon chini telah bekerja keras bagi menyusun program supaya berjalan dengan lancar,walaupun ada sedikit berlaku kesilapan teknikal.Dan begitu juga jutaan terima kasih kepada sekolah dan guru-guru yang memberi sumbangan,Pengerusi bagi pihak persatuan SAR KAFA telah menyumbang baju kepada urusetia,sumbangan piala pusingan daripada Yang Berhormat Dato'Abu Bakar (Adun Chini) serta semua yang terlibat.
Kepada semua pemenang yang mewakili zon chini diharapkan agar dapat menaikan lagi nama sarkafa zon chini khususnya dan daerah Pekan amnya apabila bertanding di Pekan nanti.
Syabas.........
SAR KAFA CEMERLANG ISLAM GEMILANG.

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN