flag

Ahad, 24 Oktober 2010

TERIMA KASIH P.M

Seramai 2500 orang Guru SAR KAFA negeri Pahang rasa berpuas hati diatas pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri didalam belanjawan 2011 terhadap guru-guru Sar KAFA seluruh Malaysia khususnya Pahang diatas kenaikan elaun gaji sar kafa pada awal januari 2011 nanti.

Semoga guru-guru SAR KAFA khusunya negeri Pahang diharapkan agar mereka ini dapat mempertingkatkan lagi prestasi sebagai pendidik ketahap yang lebih cemerlang lagi,demi agama bangsa dan negara.

Khamis, 14 Oktober 2010

PEMERIKSAAN KERTAS UPKK SAR KAFA DAERAH PEKAN 2010




























Seramai lebihkurang 800 orang pelajar tahun 5 daerah Pekan pada tahun ini telah siap menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa.Pada hari ini semua guru pemeriksa dan pengawas peperiksaan sibuk untuk memasukkan markah peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan baru-baru ini.
Dengan kerjasama erat diantara semua guru kafa dengan Penyelia KAFA daerah Pekan program tersebut telah berjaya diadakan di dewan pejabat Kemas daerah Pekan.






Walaupun keputusannya telah diketahui pada hari ini tetapi ianya akan diumum didalam majlis hari anugerah kecemerlangan pelajar yang akan diadakan pada akhir tahun nanti,yang mana ianya akan diadakan di SAR KAFA chini bersamaan dengan sambutan jamuan aidil adha nati.

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA ADUN PERAMU JAYA.
















Program ramah mersra Y.B Adun Peramu Jaya bersama Guru-guru KAFA Daerah Pekan 2010 .

Seramai 150 orang guru kafa yang berada di Dun Peramu Jaya rasa gembira kerana dapat bersama pemimpin di Dun mereka.Semoga segala masalah yang dihadapi dan dirasai oleh guru-guru dan pelajar SAR KAFA ini dapat di bela untuk mempertingkatkan lagi syiar islam kuhusnya di bandar Pekan dan Pahang amnya.
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN