flag

Rabu, 22 April 2009

KERTAS CADANGAN KPD P.MENTERI.

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PENAMBAHAN
ELAUN PENYELIA KAFA DAN GURU
KAFA NEGERI PAHANG


KEPADA


Y.A.B DATO’SERI
NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA


. SENARIO

3.1 Bilangan guru yang ramai iaitu seramai 2490 dengan bilangan Penyelia
Seramai 20 orang tidak termasuk seorang Ketua unit KAFA adalah tidak
mencukupi kalau dilihat dari segi bebanan tugas yang meliputi perkhidma-
tan,kewangan,kursus,pemantauan,penyeliaan,pepriksaan,pelaksanaan
kurikulum disamping tugas-tugas luar kerja hakiki Penyelia KAFA(Pejabat)
Guru KAFA (sekolah) dan tugas yang diarahkan dari masa kesemasa oleh
Pegawai atasan.

3.2 Pengurusan kewangan KAFA adalah merupakan satu aspek Pengurusan
KAFA yang amat penting kerana bersangkut paut dengan wang,sama ada Elaun Guru KAFA,Caruman KWSP Guru KAFA,Penyata Tahunan Kewangan KAFA dan lain-lain.Pengurusan perkara –perkara tersebut dalam keadaan biasa diuruskan oleh pegawai atau kakitangan yang berjawatan terlatih dan tetap.

3.3 Kebanyakan negeri lain di Malaysia telah membuat kajian dan
Melaksanakan dasar Penambahan Elaun Penyelia dan Guru KAFA ini dengan bantuan Kerajaan Negeri.
4. JUSTIFIKASI
4.1 PERKHIDMATAN

i) Jumlah waktu bekerja Penyelia KAFA adalah sama seperti kakitangan awam
yang lain iaitu mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Mereka menjalan-
kan tugas sepenuh masa dan dibaya elaun mengikut kadar yang diluluskan
oleh JAKIM iatu sebanyak RM 750.00 dan Guru KAFA RM500.00 sahaja.

ii) Penyelia KAFA dan Guru bertanggungjawab memastikan perjalanan kelas
KAFA dapat berkembang dan berjalan dengan baik sehingga tercapai matlamat seperti yang diharapkan.Maju atau mundurnya kelas KAFA adalah bergantung besar kepada peranan yang dimainkan oleh Penyelia dan Guru KAFA
iii) Bebanan kerja yang bertambah dari masa kesemasa dalam menguruskan
Pentadbiran kelas KAFA dan Elaun yang diterima tidak seberapa benar-benar menekan perasaan kami.Elaun yang diterima amat rendah dan statik berbanding dengan indek pengguna yang sentiasa meningkat akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan
iv ) Penyelia dan Guru KAFA juga tidak dianggap sebagai penjawat awam dan
tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan atau kemudahan sebagaimana
yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan yang lain seperti kemudahan peru-
batan,elaun perumahan,elaun perkhidmatan awam dan kemudahan pinja-
man
v ) Kewujudan Penyelia KAFA di JAIP dan PAID telah memberikan input
yang besar dalam rangka melicinkan dn menyempurnakan urusan pentad-
biran Jabatan Agama Islam itu sendiri.Dalam konteks tersebut telah
menunjukkan bahawa Penyelia KAFA menpunyai peranan yang penting
terhadap masyarakat dan kerajaan sendiri.
4.2 KOS HIDUP
i ) kadar kos kehidupan sekarang semakin bertambah dan jika dinilai dari segi
kemiskinan,Elaun Penyelia dan Guru KAFA adalah dibawah garis ke-
miskinan.
ii ) Kebanyakan Penyelia KAFA dan Guru KAFA yang ada sekarang telah
berkeluarga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak masing-masing.
Dalam hubung ini elaun yang diterima tidak dapat menampung kos
kehidupan yang sentiasa bertambah dari masa kesemasa.
4.3 PEPERIKSAAN

i ) Bagi memastikan mutu pendidikan kelas KAFA lebih terjamin dan terurus
tugas penyediaan dari peringkat awal proses peperiksaan Ujian Penilaian
Kelas KAFA (UPKK ) sehinggaah ke akhirnya adalah diuruskan oleh
Penyelia KAFA.Seperti proses mengambil,menyusun,mengedar,memantau
dan mengumpul data-data keputusan peperiksaan.Untuk menyelaras
tugasan tersebut memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan setiap
daerah yang diselia adalah luas dan semestinya memerlukan pengorbanan
dari segi masa,tenaga dan wang .

5. IMPLIKASI KEWANGAN

Pada prinsipnya anggaran permohonan penambahan elaun Penyelia KAFA
dan Guru KAFA disyorkan berasakan kepada kelayakan akademik yang dimiliki oleh Penyelia KAFA dan Guru KAFA berkenaan.

Sehubung dengan itu adalah dicadangkan penambahan tersebut merujuk
kepada gaji permulaan kakitangan Awam pada gred S 27 bagi Penyelia KAFA yang memiliki Ijazah ,Diploma/STAM /STA/STPM dan S17 bagi yang memiliki SPM dan SMA.
Selain gaji permulaan penjawat awam di para 5.2,cadangan ini juga perlu
mengambil kira sama ada faktor ketiadaan kenaikan Tahunan , Elaun Perumahan ,Elaun Khidmat Awam dan Kemudahan Perubatan.

Berasaskan 5.1,5.2 dan 5.3 anggaran Implikasi Kewangan adalah seperti
berikut.;

Penyelia KAFA

TERIMA . CADANGAN . BEZA
BARU

ELAUN; 750 1500 1500 x 22 x 12 = 396,000.00

KWSP ; 168.00 168 x 22 x 12 = 44,352.00
--------------
Jumlah 440,352.00
--------------
Guru KAFA

TERIMA CADANGAN BEZA
BARU
ELAUN ; 500 1,000 1,000 X 2490 X 12 = 298800.00

KWSP 116.00 116. X 2490 X 12 = 34660.80
----------------
Jumlah 33460.80
----------------

JUMLAH BESAR 773812.80

(Ringgit Malaysia ;Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lapan Ratus Dua
Belas dan Lapan Puluh Sen Sahaja )

6 RASIONAL

i ) Seperti sedia maklum Kerajaan berusaha membasmi penyakit gejala social
yang berlaku ke atas golongan remaja dengan mengadakan beberapa program.
Kerajaan menyedari punca utama gejala ini kerana tiadanya pengetahuan
Agama kepada remaja yang menyebabkan berlakunya kruntuhan akhlak.Dalam
hal demikian Kelas KAFA dapat membantu Kerajaan untuk membasmi gejala
tersebut dari akar umbinya lagi memberikan Pendidikan Agama sejak dari
peringkat asas iaitu peringkat kanak-kanak lagi.

ii ) Memandangkan kedudukan Negara semakin mantap adalah dirasakan Kerajaan
sudah mempunyai kemampuan memberi penambahan Eaun Penyelia-Penyelia
KAFA dan Guru-Guru KAFA Negeri Pahang Darul Makmur.

iii ) Tanggungjawab dan tugas yang besar dalam melaksanakan tugas disamping
arahan-arahan semasa dari Pegawai atasan samada JAKIM, JAIP dan PAID di
peringkat daerah yang berkaitan dengan tugas-tugas lain yang perlu dipenuhi
bagi kebaikan organisasi dan institusi agama seterusnya dapat meningkat
keupayaan Kerajaan dalam usaha mengembangkan syiar Agama Islam dinegara
kita khusunya Negeri Pahang Darul Makmur.

iv ) Kelas KAFA semakin banyak mendapat keyakinan dan sambutan daripada
masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan perumahan.Hal ini menyebabkan
peranan dan tugas Penyelia KAFA dan Guru KAFA dalam bidang pengurusan
pentadbiran dan perlaksanaan seharusnya lebih cekap,berkesan dan berwibawa.

V ) Kami juga bersedia untuk melaksanakan program-program tambahan Pihak
Kerajaan yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengukuhkan Institusi
Keluarga yang semakin rapuh dan longgar.dengan demikian kami berpendapat
Pihak kerajaan dapat menjimatkan kos dari segi mewujudkan jawatan lain bagi
Melaksanakan tugas-tugas ini kerana Pengurusan KAFA boleh melakukan
Program dua dalam satu.Sebagai contoh program yang dilaksanakan bukan
Sahaja melibatkan anak-anak didik KAFA tetapi turut melibatkan ibu bapa/
Penjaga.Ini bermakna peranan Guru KAFA dan Penyelia KAFA dapat
Dimasyarakatkan.Akhirnya jawatan ini akan menjadi satu profesion.

Vii ) Akhirnya Program KAFA ialah program yang selari dengan kehendak Negara
dan hasrat YAB.Perdana Menteri Malaysia untuk memberi penekanan terhadap
Pendidikan Agama diperingkat rendah dengan diberi penumpuan kepada
Pendidikan Agama secara latihan amali dan kemahiran membaca jawi untuk
menyokong dan memperkukuhkan ilmu Pendidikan Islam dalam membentuk
Generasi baru yang berilmu.

7. CADANGAN

Berasaskan maklumat yang telah dikemukan,pihak Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat Daerah Pekan dengan rasa rendah diri mencadangkan dan memohon jasa baik serta pertimbangan YAB.Dato’ Seri bagi melaksanakan penambahbaikan dan pengubahsuaian kepada peruntukan yang sedia ada yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat melalui JAKIM kepada Kerajaan Negeri.Dengan demikian,segala jasa baik YAB.Dato’ Seri adalah dipohon dalam menimbangkan penambahan Elaun Penyelia KAFA dan Guru KAFA Pahang berjumlah RM 773812.80 (Ringgit Malaysia ; Tujuh Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Lapan Ratus
Dua Belas Dan Lapan Puluh Sen Sahaja )

8. PENUTUP

Berdasarkan kepada perlaksanaan Program KAFA sejak tahun 1990,kadar
Elaun Penyelia KAFA dan Guru KAFA berada ditahap yang sama.
Memandangkan perkebambangan program KAFA ini semakin mendapat
Sokongan daripada masyarakat,ianya memberi satu tanggungjawab dan
Tugas yang semakin bertambah dari masa ke semasa.Sejajar dengan itu,
Permohonan Penambahan Elaun Penyelia KAFA dan Guru –Guru KAFA
Yang diutarakan ini adalah satu yang amat munasabah untuk dipertimbang
dan sokongan atau kajian semula terhadap Perlaksanaan Program KAFA
di Negeri Pahang.

1 ulasan:

senyumm berkata...

salam...ana nk tny pasal jawatan penyelia ni.elaun sekadar rm750 shj ke tanpa ade elaun lain?lagi satu,betul ke penyelia ni staf kerajaan dan ada skim pencen?
ana berminat nak tahu lanjut.tolong emel ana..bint_abah86@yahoo.com

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN