flag

Isnin, 4 Mei 2009

ADUHAI APA NASIB KU.... BILA NAK DAPAT....

Keluhan guru SARKAFA Pekan.

Hari ini ustaz jalal mengeluh lagi ,bukanya apa pagi-pagi lagi bersemangat untuk ke Pekan dengan harapan untuk pergi menyocok di CIMB kot-kot hari ini bernasib baik ada masuk duit Majlis Ugama...Sesampai dibank dan pergi nyocok apa yang dikatanya....hammpas tak dok poi (kata org Pekan).Orang lain dah penggal ke- 4 merasa duit majlis aku tak dok pun katanya.Apa yang silapnya dan dimanakah silapnya borang sudah dihantar ke Hisham di PAID sebagaimana yang dikehendaki... Hisham kata saya dah hantar dan cop pengesahan terima pun ada...cubalah tanya di pihak MUIP.... Tak daya juga Pengerusi SARKAFA asyik ditanya oleh anak buahnya..apahal ustaz dengan duit majlis saya orang lain semua dah dapat saya dah 4 kali tak ada pun ,itulah yang ditanya oleh salah seorang guru kafa pekan..Tak banyak manapun ,tapi kalau ada boleh lah menampung time memerlukanya.......
Kalau dulu ustaz Fadilah kata borang dan maklumat yang sekolah beri tak lengkap menyebabkan wang tak masuk.Tapi saya pergi semak pada kali pertama memang betul kesilapan dari sekolah .tapi sudah dibetulkan untuk kali keduanya.Dan untuk kali keduanya saya pergi seklai lagi setelah mendapat keluhan dari guru kafa dan saya ambil penyata dari bank sebagai bukti dan beri kepada ustaz M.Fadillah dan terserahlah kepadanya untuk tindakanya.... Dan ini untuk kali ke-4....

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN