flag

Isnin, 8 Jun 2009

MESYUARAT AGUNG PER.GURU SAR KAFA PAHANG KALI KE-20 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلأم عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah diatas taufiq dan hidayahnya,yang meletakkan kita berada didalam perjuangan agamanyaSelawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad ,saiyyidul anbiaya'.
Bagi pihak persatuan Guru-guru Sar kafa daerah Pekan ,saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli jawatankuasa yang baru dilantik dan tahniah juga kepada yang tidak terlantik didalam senarai Ahli jawatan kuasa yang baru 2009-2011.Bertempat di Dewan Jubli Perak Kuala Lipis.Bertarikh 3 jun 2009.
Pemilihan kita pada tahun ini tidaklah perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bertanding kerana didalam pemiihan ini tidak ada rasuah wang sebagaimana ahli-ahli politik bertanding.Kalau kita berebut jawatan sekalipun ianya adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita menjawab diakhirat nanti dengan jawatan yang telah diamanahkan kepada kita sekiranya kita tidak melaksanaknya.Oleh itu beruntunglah orang yang tidak terpilih didalam jawatan ini kerana mereka terlepas daripada pertanyaan di akhirat nanti.Nama Ahli Jawatan Kuasa 2009-2011 Persatuan Guru-Guru SAR KAFA Negeri Pahang :
1 . Ustaz Baharudin Bin Othman Yang Dipertua
2 . Ustaz Abd.Ghani B.Idin Timb.Yang Dipertua
3 .Ustaz Rosli B.Ahmad Setiausaha
4 .Ustazah Nabilah Bt.Baharom Pen.Setiausaha
5 .Ustaz Mohd Ali Hanafiah B.Rezuan Bendahari
6 .Ustaz Muhammad Fadillah B Hussin (Pkn) AJK
7 .Ustaz Othman B Atan (Tmlh) AJK
8 .Ustaz Suhaimi B Ahmad (Jtut) AJK
9 .Ustaz Rozki B.yusof (J14) AJK
10 .Ustaz Razali B Othman (Mzdm) AJK
11 .Mohd Hamzi B Othman (Bera) AJK
12 .Ustaz Razak Idin (Chenor) AJK
13 .Ustaz M.Syahrer Syah B Ramli (K.Lipis) AJK
14 . Ustaz Yunus B Kadri (Rompin ) AJK
15 . AJK
Penghargaan buat ahli jawtankuasa yang lama yang tidak terlantik pada tahun ini Ustaz Hj Adnan Baee,Us,Hj Zakaria B Mat Seh ,Us Hj Yaakub B Hussin,Us Ahsan B Sardi,Us Natuhar B Abdul Talib .Kita sangat berbangga kerana sebaik sahaja mereka menamatkan khidmat mereka didalam Ahlijawatankuasa kini kesinambungan itu diteruskan oleh Ahli jawatankuasa yang baru.
Selamat datang kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik.Semoga perlantikan itu memberikan wajah segar khasnya kepada kepada Persatuan SAR KAFA Daerah Dan Persatuan SAR KAFA Negeri umumnya.
Marilah kita bersama memikul kepimpinan ini.Marilah bersama kita menjaga dan membaja perjuangan ini.
Muawiyah bin abu Sufian disaat kematianya menungkapkan kata-kata...
" Alangkah sedikitnya bekalan,Alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan "Rasulullah pernah memberi amaran antara mafhumnya .." Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan,kerana sesiapa yang mendapatkanya sedangkan orang ramai tidak meredhoinya,maka Allah tidak akan membantunya "
Dalam kebimbangan dan ketakutan untk menerima aanah ini,kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang Ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga masalah mereka,lalu dia melarikan diri(enggan menerima) maka aku tidak ingin berjumpa denganya nanti di padang masyar.(Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada diantara takut dan harap.Takut Rasulullah murka,dan harap Allah bantu dengan amanah ini.
Ingatlah akan doa Saidina Umar Al-Khattab. "Ya Allah,engkau telah bebankan aku dengan bebenan yang berat,maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat di akhirat "

Wassalam.

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN