flag

Ahad, 24 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI SARKAFA JENGKA

Pada sabtu (semalam) saya dan ustaz Rushdan Penyelia Pekan telah pergi meraikan sahabat dari sar kafa Jengka mengadakan program Kem Smart Solat untuk pelajar Sar Kafa Jengka di Muara Beach Resort.Pengerusinya ustazah Nabilah mengatakan ini adalah program kali ke-6 yang mereka lakukan,seramai 115 org peserta yg hadir pada kali ini,dan yang megkagumkan ialah sambutan daripada penjaga amatlah memberangsangkan walaupun dengan bayaran sebanyak RM 100 seorang penjaga sanggup lagi untuk menghantar anak-anak mereka demi untuk mencari ilmu agama.
Saya juga tertarik dengan kebolehan guru-guru SAR KAFA kita kerana mereka ini mempunyai kebolehan dan kepakaran sebagaimana guru-guru di sekolah kerajaan,saya kagum dengan kebolehan mereka,dan tahniah juga kepada ustaz Sahir JAIP,Ustaz HAfifi Penyelia Chenor dan Penyelia Muadzam kerana mereka ini sanggup bersama terlibat didalam Kem Solat Bestari ini.Turut hadir merasmikan Kem Solat ini ialah Ustaz Sallehudin KPP JAIP pada hari ahadnya.

Isnin, 18 Mei 2009

MESYUARAT AGUNG PERS.GURU-GURU AGAMA RAKYAT DAN KAFA NEGERI PAHANG KE-20.

JEMPUTAN KEPADA SEMUA GURU GURU SAR KAFA NEGERI PAHANG KE MESYUARAT AGUNG KE-20.

TARIKH ; 03 JUN 2009
TEMPAT ; DEWAN JUBLI PERAK ,DAERAH KUALA LIPIS .PAHANG.
ATURCARA ;
9.30 -10.30 - PENDAFTARAN AHLI .
11.00 PAGI - KETIBAAN PERASMI
- MESYUARAT AGUNG DIMULAKAN.
- UCAPAN ALUAN YDP PERSATUAN.
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT AGUNG KE-19
- MEMBENTANG LAPORAN TAHUNAN.
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN
KEWANGAN.
- MELANTIK AJK SESSI 2009-2011
- MEMBAHAS USUL BERTULIS.
- PENANGGUHAN.
1.00 T.H - JAMUAN MAKAN ./BERSURAI.

SEKIAN, SELAMAT BERMESYUARAT.

Khamis, 14 Mei 2009

PERUTUSAN HARI GURU 16 MEI 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

السلأم عليكم ورحمة الله
Marilah kitabersama-sama bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana islam menjadi agama yang diredhai oleh Allah dan nikmat yang cukup sekelian kita sebagai guru,pendakwah ,pendidik dan pejuang untuk agama Islam.
Sempena Hari Guru bagi tahun 2009 ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru SARKAFA negeri Pahang khususnya daerah Pekan yang telah berjaya meneruskan kerja-kerja sebagai pendidik yang begitu mencabar dari masa ke semasa.
Hari ini ustaz ,ustazah dan pendidik bertanggungjawab untuk membina generasi anak didik.dewasa secara khusus dan rakyat amnya,kearah pembentukan kesejahteraan masa depan yang cemerlang.Kerja pendidikan ini telah dilakukan oleh Rasullullah sebagai nabi terakhir diikuti dengan para sahabat dan ulamak serta pendakwah dan pendidik sepanjang zaman.
Mutakhir ini kita semua perlu menangani perubahan dalam masyarakat di Malaysia khususnya negeri kita Pahang bagi memastikan bahawa negeri dan negara ini terus berada dibawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tanpa digugat oleh mana-mana pihak.
Justeru,perubahan perlu untuk tiak mengikut apa sahaja yang menjadi kebiasaan seperti sikap tidak bersungguh dalam perkara menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran kepada melaksanakan kerja-kerja pendidikan membangunkan minda rakyat terus dilakukan.
Perubahan hanya akan berlaku apabila ada kesedaran menyeluruh didalam sesebuah masyarakat seperti firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah sikap dan pendirian mereka.

SAMBUTAN HARI KELUARGA SARKAFA DI TUNDA TARIKH.

Dimasa dalam perjalanan ke Pekan bersama dengan Ustaz Roslan kami berbincang tentang hari keluarga sarkafa dan telah bersetuju untuk menyelaraskan program tersebut dengan cara membahagikan tugas pada hari tersebut kepada sekolah-sekolah dan untuk bahagian sar cini satu kami telah bersetuju untuk megambil bahagian untuk memasak untuk makan tengah hari kepada semua yang hadir.Kami menjangkakan program ini memang meriah kerana dapat bersama-sama dengan semua keluarga guru sarkafa daerah Pekan sekiranya berjaya diadakan.Dimasa persekolah ustaz lan bagi tahu dia sebagai setiausaha Persatuan akan bagi tahu kepada ustaz Zulkifli sar cini 4 tentang program ini kerana beliau adalah Pengerusi program yang dilantik untuk bahagian ini.
Setelah jam 6 petang ustaz Zulkifli menelefon saya dia bagi tahu program ini kita batal sajalah kerana dia banyak keje katanya,soalan periksa tak taip lagi,nak buat minit mesyuarat sekolah lagi ,banyaklah halnya....
Dari pihak Persatuan kami mengharapkan kepada semua Ajk dan Guru program ini ditangguhkan pada hari lain yang akan diberitahu kelak...

Ahad, 10 Mei 2009

Salam.Apa cerita dengan SARKAFA kg.Jambu ni..dengar khabar dah buka kelas KAFA 4 hari aje.Kalau dahulu dimasa Ustazah Normala saya dimaklumkan kelasnya lima hari.Macamana sekarang ini setelah berubah alih tampok pimpinan gurunya dah berubah pulak.Kan elok 5 hari waktu ngajar.apasal pulak dikurangkan.Dengar khabar diantara sebabnya ada sorang gurunya setiap hari jumaat nak ambil anak sekolah,sbb itulah jai 4 hari .Jangan disebabkan urusan kita seorang orang lain yang menjadi mangsa,kena cuti. Kita kan asalnya dari orang yg propesional dimasa bertugas dulu.. kalau kita tak mampu jangan disalahkan orang yang terdahulu ,yang telah lama mengajar sini dan jgn kita burukkan orang disbbkan kita nak dapat ngajar .Elok lah balik kepada asal.Dengar khabar dari JAIP ,JAKIM pun dah nak naikkan gaji kite.eloklah tu.....

Sabtu, 9 Mei 2009

Tahniah !

Tahniah kepada semua guru-guru SARKAFA gugusan chini yang terlibat didalam menjayakan Kem Motivasi Solat yang di adakan pada hari ini,begitu juga yang terlibat sebagai fasilatator.
Kepada Guru besar Cini 5(ustazah Arbaiyah),guru-guru,Ajk sekolah dan Felda cini 5 ,saya mengucapkan tahniah kerana sanggup menjadi tuan rumah kepada sarkafa cini 1,cini 2,cini 3,cini 4,cini timur 2 dan Pusat bandar chini.Memang banyak persiapan yang perlu dibuat untuk menjayakannya ,kerana dengan adanya semangat ukhwah tolong menolong diantara semua guru-guru program ini dapat berjaya diadakan.
Walaupun penyertaan untuk kali pertama ini disertai seramai lebih kurang 120 orang pelajar dan Inssa Allah dimasa yang akan datang diharapkan ianya dapat diadakan lagi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak ,begitu kepada penyumbang-penyumbang yang memberi sumbangan...

Selasa, 5 Mei 2009

KEM SOLAT SAR KAFA GUGUSAN CHINI

Apa ceritanya tentang Kem ini? dengar khabar pada awalnya Kem solat ini hendak dianjurkan oleh Felda wilayah dibawah ustaz Megat dan rasanya telah dipersetujui Felda yang menganjurkan.Dan dengar khabar pula disaat akhir ini telah berubah menjadi Majlis Guru-guru SAR KAFA gugusan chini pula yang menganjurkanya.Apakahkah masalahnya..... Dan ada dengar khabar dan Pelajar kena bayar Rm 5 seorang.dan guru pun kena bayar juga untuk menampung kos tersebut..Apakah pihak yang berkenaan tidak bolehkah menampung sedikit atau kesemuanya kos perbelanjaan tersebut,bukanya banyak sangat.kalau untuk program kearah lain ada aje saluranya.ini untuk kearah akhirat tak ada apa-apa sumbangan pun.Kata nak suruh buatkan program tapi tak nak bantu macamana ni...
Kalau di satu pihak tak ada bantuan tak apalah,diharapkan kepada ibubapa tolong ambil berat juga tentang anak-anak kita yang ada belajar di SAR atau tidak ambillah peluang inidan hantarlah anak-anak kita untuk meyertai kem solat tersebut.Buat kata ustaz megat kalau dimasa yang lepas berebut orang felda nak membesarkan rumah ,dari kayu ke batu,dari kecil kepada besar,haa..sekarang ini kita nak membesar lubang kubor pulak...
Tahniahlah kepada felda dan Jkknya ada yang mengambil berat tentang ini dan ada juga saya dengar felda dan Jkkk nya tak nak bagi sumbangan pun.dan puas Gurubesarnya minta tak ada respon pun..kesian kepada setiausaha program.
Saya mengucapkan tahniahlah kepada semua guru besar SAR KAFA chini kerana di atas usaha mereka untuk menjayakan program yang akan diadakan pada hari sabtu ini.bermula jam 8.00 pagi 9.5.2009.Walaupun sudah berapa kali ustazah arbaiyah cini 5 meminta saya hadir untuk berbincang ttg program ini.tetapi saya tak dapat turut sama kerana setiap kali perbincangan ada urusan di JAIP nak buat macmana... saya ni cuma guru kecil sahaja.Para guru-guru besar lah bincangkan kami mengikut aje..Semoga Allah memberkhati usaha semua...

Isnin, 4 Mei 2009

ADUHAI APA NASIB KU.... BILA NAK DAPAT....

Keluhan guru SARKAFA Pekan.

Hari ini ustaz jalal mengeluh lagi ,bukanya apa pagi-pagi lagi bersemangat untuk ke Pekan dengan harapan untuk pergi menyocok di CIMB kot-kot hari ini bernasib baik ada masuk duit Majlis Ugama...Sesampai dibank dan pergi nyocok apa yang dikatanya....hammpas tak dok poi (kata org Pekan).Orang lain dah penggal ke- 4 merasa duit majlis aku tak dok pun katanya.Apa yang silapnya dan dimanakah silapnya borang sudah dihantar ke Hisham di PAID sebagaimana yang dikehendaki... Hisham kata saya dah hantar dan cop pengesahan terima pun ada...cubalah tanya di pihak MUIP.... Tak daya juga Pengerusi SARKAFA asyik ditanya oleh anak buahnya..apahal ustaz dengan duit majlis saya orang lain semua dah dapat saya dah 4 kali tak ada pun ,itulah yang ditanya oleh salah seorang guru kafa pekan..Tak banyak manapun ,tapi kalau ada boleh lah menampung time memerlukanya.......
Kalau dulu ustaz Fadilah kata borang dan maklumat yang sekolah beri tak lengkap menyebabkan wang tak masuk.Tapi saya pergi semak pada kali pertama memang betul kesilapan dari sekolah .tapi sudah dibetulkan untuk kali keduanya.Dan untuk kali keduanya saya pergi seklai lagi setelah mendapat keluhan dari guru kafa dan saya ambil penyata dari bank sebagai bukti dan beri kepada ustaz M.Fadillah dan terserahlah kepadanya untuk tindakanya.... Dan ini untuk kali ke-4....
SELAMAT DATANG KE BLOG SAR KAFA PEKAN